Kabinet tolak cadangan pemberian visa kepada rakyat Asia Barat

nazri aziz

BANGI, Rabu – Kabinet hari ini sebulat suara menolak cadangan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengkaji semula pemberian visa kepada pelancong dari negara Asia Barat.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, terdapat langkah penguatkuasaan lain yang boleh digunakan selain mengkaji semula pemberian visa.

“Tindakan paling penting adalah penguatkuasaan. Ia perlu diperketatkan dan diperluas supaya pelancong rasa lebih selamat.

“Ancaman pengganas bukan dari rantau itu sahaja. Jika berkeras juga, pemberian visa untuk semua negara perlu dikaji semula kerana kita rasa tidak adil cadangan itu hanya membabitkan pelancong dari negara Asia Barat.

“Semua ini membabitkan kedudukan hubungan bilateral yang dibimbangi memberi kesan buruk terhadap keharmonian antara Malaysia dan negara Asia Barat,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Malah katanya, negara seperti Thailand dan Perancis yang dilanda beberapa insiden letupan sebelum ini tidak pernah mengambil langkah demikian atas faktor keselamatan.

Sebelum ini, Setiausaha MKN Datuk Seri Alias Ahmad mencadangkan agar kerajaan memperkenalkan visa warga asing untuk rakyat dari negara Asia Barat bagi mengekang ancaman kumpulan militan Daesh di Malaysia.

The post Kabinet tolak cadangan pemberian visa kepada rakyat Asia Barat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?