KATA PEDANG: Uniform berlengan panjang untuk pekerja wanita KFC Kelantan

Pelancaran kempen menutup aurat di Kelantan pada bulan Ramadan lalu.

Pelancaran kempen menutup aurat di Kelantan pada bulan Ramadan lalu.

PEDANG berharap tiada pihak kafir yang melatah dengan peraturan memakai baju lengan panjang yang dikenakan ke atas semua pekerja wanita di 20 premis restoran makanan segera terkenal KFC di negeri Kelantan yang bakal berkuatkuasa sepenuhnya tahun hadapan.

Peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah mahu umat Islam khususnya wanita mematuhi arahan Allah supaya menutup aurat apabila berada di luar rumah.

Peraturan ini juga tidak terhad kepada pekerja KFC bahkan akan dikenakan juga kepada semua pekerja di pasar raya besar tetapi pekerja wanita bukan Islam tidak terlibat dengan peraturan ini.

Jurucakap KFC dilaporkan menyambut baik peraturan ini dan 10 premis KFC telah pun mula melaksanakan peraturan ini.

Pedang ingin mencadangkan kepada pihak berwajib apabila peraturan ini diturunkan kepada semua pekerja wanita, ia perlu disertakan dengan penerangan mengenai aurat menurut Islam. Ini kerana ramai yang masih salah faham menutup aurat bermaksud memakai pakaian walaupun ia ketat dan menampakkan bentuk tubuh badan. Salah faham ini perlu dirungkaikan.

Satu perkara penting untuk ditekankan juga adalah aspek dalaman selain aspek luaran (menutup aurat). Aspek dalaman yang dimaksudkan ialah sikap amanah, profesional, jujur dan berwibawa yang perlu dimiliki. Adalah tidak manis sekiranya seseorang itu berpakaian sopan menutup aurat dengan sempurna tetapi akhlaknya tidak disenangi orang sekeliling dan kualiti kerjanya tidak sepadan.

Negeri-negeri lain wajar mencontohi Kelantan dalam usaha memartabatkan cara hidup Islam di kalangan masyarakat.

Kata Pedang: Apa yang baik kita sokong!

kata-pedang-baru

Penafian: Kata Pedang adalah segmen lidah pengarang Ismaweb.net. Pandangan yang diberikan dalam ruang Kata Pedang tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana.

LAGI KATA PEDANG:

KATA PEDANG: Nga Kor Ming contoh CINA DAP BABI, kata Jamal

KATA PEDANG: Bila Guan Eng nak letak jawatan?

KATA PEDANG: SPRM bebas tangkap siapa sahaja kecuali Lim Guan Eng?

KATA PEDANG: Tentera Al-Ahzab berpakat ‘serang’ Mufti Pahang

The post KATA PEDANG: Uniform berlengan panjang untuk pekerja wanita KFC Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?