Kementerian Kesihatan pantau perkakas dapur seramik
PUTRAJAYA, Ahad – Kementerian Kesihatan akan sentiasa memantau dan menganalisis perkakas dapur seramik bagi memastikan kandungan logam berat yang dibebaskan tidak berada pada tahap membahayakan pengguna.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkat, setakat ini pemantauan hanya menunjukkan satu perkakas dapur seramik dikesan membebaskan logam berat plumbum melebihi had dibenarkan.
“Sebaliknya ujian dilakukan Kementerian Kesihatan adalah untuk mengesan kadar logam berat yang dibebaskan perkakas dapur seramik.
“Ini selaras dengan subperaturan 28(4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983, yang mana barangan seramik diguna dalam penyediaan, pembungkusan, penstoran, penyerahhantaran atau pendedahan makanan perlu diuji mengikut Malaysian Standard MS 1SO 6846-1.
“Ia merangkumi aspek Penggunaan Perkakas Seramik, Seramik Kaca dan Kaca Sebagai Bekas Makanan-Pembebasan Plumbum dan Kadmium-Bahagian 1: Kaedah Kajian,” katanya
Kenyataan itu adalah respon kepada laporan sebuah akhbar tempatan semalam yang mendakwa kajian pihak Persatuan Pengguna Standard Malaysia bersama sebuah syarikat swasta mendapati lapan perkakas dapur seramik yang mereka uji menggunakan kaedah X-ray Fluorescence Spectrometry mengandungi logam berat dan bahan kimia pada paras tinggi.
Dr Noor Hisham berkata, kaedah digunakan Kementerian Kesihatan seperti diperuntukkan dalam subperaturan 28(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah lebih sesuai kerana ia menganalisis kandungan logam berat yang dibebaskan perkakas dapur seramik ke dalam makanan, bagi menilai risiko kepada pengguna.
Katanya, jumlah plumbum dan cadmium yang dibebaskan daripada barangan seramik tidak boleh melebihi kadar maksimum dibenarkan seperti ditetapkan peraturan terbabit.
The post Kementerian Kesihatan pantau perkakas dapur seramik appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan