Kementerian Pengangkutan akan perkenal mekanisme baharu tingkat keselamatan lapangan terbang

KLIA_M

SEPANG, Khamis – Mekanisme baharu bagi meningkatkan keselamatan di lapangan terbang terutama di pintu-pintu masuk negara akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab. Aziz Kaprawi berkata, pihak kementerian sudah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kasim untuk memanggil semua jabatan dan agensi berkenaan berhubung penggubalan mekanisme baharu ini.

“Walau bagaimanapun, ia masih dalam peringkat cadangan dan langkah memperkenalkan mekanisme ini bagi mengelakkan sebarang elemen pengganas menembusi lapangan terbang ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pembukaan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bagi Program Keselamatan Penerbangan Asia Pasifik, di sini hari ini.

Antara perkara yang diambil kira dalam perangkaan mekanisme berkenaan termasuk reka bentuk lapangan terbang yang dilengkapi premis perniagaan dan amalan biasa masyarakat menghantar ahli keluarga ke lapangan terbang.

Pada 15 Julai lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata, kerajaan mempertimbangkan cadangan supaya hanya penumpang mahu daftar masuk sahaja dibenarkan berada di lapangan terbang sebagai langkah meningkatkan keselamatan di kawasan itu.

Katanya, mereka atau keluarga yang menghantar penumpang ditempatkan di tempat tertentu di lapangan terbang seperti yang dicadangkan dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

The post Kementerian Pengangkutan akan perkenal mekanisme baharu tingkat keselamatan lapangan terbang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?