Kementerian Ramallah potong bantuan kewangan kepada 1,297 keluarga di Gaza
RAMALLAH, Khamis – Kementerian Hal Ehwal Sosial menerima kritikan selepas menggantung bantuan kewangan bulanan kepada beribu-ribu keluarga yang memerlukan di Gaza.
Kira-kira 1,297 keluarga yang memerlukan di Gaza tidak akan menerima bantuan kewangan lagi.
Bagaimanapun, kementerian itu berkata, penggantungan bantuan itu bukan disebabkan unsur politik tetapi keputusan diambil bagi menyemak dan meneliti syarat-syarat penerima.
Katanya, kementerian kin menggunakan satu piawaian yang ketat dan adil apabila menyemak semula kriteria keluarga yang memerlukan.
Sementara itu, Setiausaha Bahagian Kementerian Hal Ehwal Sosial Gaza, Dr Yousuf Ebrahim menyifatkan keputusan yang dibuat oleh kementerian Ramallah sebagai pelik dan tidak sah berikutan dijalankan tanpa kerjasama dan rundingan dengan pihaknya.
“Wang yang diberikan itu adalah untuk membantu keluarga yang mempunyai ahli rumah yang kurang upaya (OKU) atau istimewa,” katanya.- Agensi
The post Kementerian Ramallah potong bantuan kewangan kepada 1,297 keluarga di Gaza appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan