Khairul Hafiz dinobat ‘Raja Pecut’ baharu, pecah rekod Watson Nyambek

FW474184_KL17_070615_ATLET-lpr

BANGI, Rabu – Remaja berusia 18 tahun telah diangkat sebagai Raja Pecut baharu negara selepas berjaya memecahkan rekod pelari kebangsaan, Watson Nyambek pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 di Kuching, hari ini.

Atlet Melaka, Khairul Hafiz Jantan dalam saingan akhir acara berkenaan berjaya mencatat 10.18 saat sekaligus memadam rekod lama yang dicipta Watson Nyambek 10.30 saat pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 1998.

“Saya tidak pernah menjangka untuk memecahkan rekod kebangsaan kerana tujuan saya hanya untuk mengalahkan Badrul bagi pingat emas.

“Beliau adalah salah seorang yang mendorong saya memecahkan rekod kebangsaan,” katanya.

Sebelum ini, anak muda itu mencipta kejutan apabila mengungguli acara 100 meter untuk meraih pingat emas dalam Kejohanan Olahraga Remaja Asia ke-17 di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.

The post Khairul Hafiz dinobat ‘Raja Pecut’ baharu, pecah rekod Watson Nyambek appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?