Konsert Selena Gomez: Pemimpin ultra kiasu bawa budaya hedonisme

Mohd-Ridhuan-Tee-Abdullah-giving-speech

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menyelar tindakan pemimpin Melayu yang sanggup mengeluarkan kenyataan jahil mempertahankan penganjuran konsert ‘Selena Gomez The Revival Tour’ hanya kerana mahu menjaga kuasa.

Dipercayai merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini mengatakan bahawa keseksian Selena Gomez tidak penting dan itu adalah ciptaan Tuhan, Ridhuan Tee berkata, itulah jahilnya seorang pemimpin bila bercakap tidak menggunakan otak.

“Persoalannya, wajarkah seksi itu dipertontonkan atau diperagakan? Apatah lagi jika seksi ditambah gedik. Hebat sungguh mendengar pemimpin ultra kiasu Melayu berkata kenapa perlu teruja dengan seksi? Dia faham atau tidak maksud seksi?

“Seperti mana ajal maut di tangan Tuhan. Apakah tidak maut jika dalam keadaan tidak tahu berenang, kita perlu terjun di laut dalam? Bila dah maut, maka kita pun berkata, “dah ajal Tuhan”. Tuhan sentiasa “dimangsakan”. Perbuatan buruk kita yang sengaja dilakukan bagaimana?

“Adakah orang sebegini layak memimpin sebuah negeri atau negara? Biar rakyat yang menentukan. Isu utama bukan soal seksi atau tidak? Mencemar bulan Syawal yang mulia seolah-olah bulan lain tidak mulia?

“Kenapa ada pemimpin cuba mempertahankan? Inilah yang saya pelik. Jika terlalu mahu menjaga kuasa, kedudukan dan sokongan ultra kiasu, duduk diam sahajalah. Tidak perlu mengeluarkan kata-kata menyesatkan orang,” katanya dalam tulisan terbaru di Sinar Harian bertajuk ‘Antara seksi dan hedonisme’.

Konsert ‘Selena Gomez The Revival Tour’ di Stadium Melawati dijadualkan akan tetap diadakan pada mala mini meskipun mendapat bantahan orang ramai.

Sindir Ridhuan Tee, beliau terfikir sudahkan negara kita kekeringan artis tempatan sehingga terpaksa berbelanja begitu banyak wang mengimport artis luar?

“Apakah benar lirik dan lagunya begitu hebat? Sejak bila pula ultra kiasu ini menonton si seksi dan si gedik tuh? Apakah beliau salah seorang peminatnya? Saya tidak menolak hiburan, tetapi menolak hiburan melampau.

“Saya minta pemimpin ultra kiasu jawab soalan ini. Apakah tujuan hidup kita? Apakah kita sudah bahagia dengan kehidupan ini? Banggakah orang tua kita dengan apa yang kita lakukan ini?

“Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah jahannam dan jahannam itu adalah tempat yang seburuk buruknya,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, sebenarnya hiburan melampau ini boleh menyebabkan hilang rasa malu lebih-lebih lagi apabila percampuran lelaki perempuan tidak terkawal.

“Penonton terjerit-jerit macam hilang akal. Bersorak sana sini sehingga hilang rasa malu. Apakah kita sudah lupa ketika konsert K-Pop tahun lalu menjadi sensasi apabila penonton pergi pentas memeluk artis Korea? Seksi itu menggoda atau tidak?

“Saban kali kita mendengar laporan selepas sahaja apa jua konsert, pekerja-pekerja bandar raya dan tukang sapu akan akan terjumpa alat seks kondom selepas konsert berakhir. Terfikirkah kita bagaimana mereka melakukan seks ketika konsert berlangsung?

“Jelas di sini bahawa mereka yang terpengaruh dengan hedonisme sudah tidak peka lagi dengan orang lain. Mereka lebih mementingkan diri sendiri daripada perasaan orang lain. Matikah kita tanpa hiburan?,” soalnya.

The post Konsert Selena Gomez: Pemimpin ultra kiasu bawa budaya hedonisme appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?