Kos rawatan barah perlu diselaraskan, kurangkan beban pesakit

imageKUALA LUMPUR, Selasa – Kos rawatan barah di hospital di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agak tinggi sehingga membebankan pesakit terutamanya dalam kalangan berpendapatan sederhana dan rendah.

Presiden Persatuan Advokasi Kesihatan Kanser Malaysia (TAC), Ranjit Kaur, berkata usaha penyelarasan kos perkhidmatan rawatan barah boleh dilakukan kerana kedua-dua kementerian tersebut berada di bawah satu kerajaan.

“Justeru masanya telah tiba untuk kerajaan menyelaraskan perkhidmatan rawatan barah di hospital di bawah kedua-dua kementerian demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat.

“Antara yang boleh dilakukan, ialah menyelaraskan belanjawan yang diperuntukkan untuk institusi-institusi berkenaan,” katanya selepas Majlis Pelancaran Buku Elevating The Voice of Cancer Patients di Menara CIMB di sini, hari ini.

Selain itu, katanya, perbezaan dari segi kepakaran dan kemudahan rawatan barah di hospital Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan Tinggi antara punca kawalan serta kempen kesedaran penyakit berkenaan tidak memberikan kesan maksimum.

“Kekurangan pakar dan kemudahan rawatan barah di hospital Kementerian Kesihatan terutamanya di luar bandar menyukarkan pesakit untuk mendapatkan rawatan sewajarnya dan kempen pencegahan sukar dilakukan dengan berkesan,” katanya lagi.

The post Kos rawatan barah perlu diselaraskan, kurangkan beban pesakit appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?