Lebih 36,000 pekerja diberhentikan tahun lalu

4508222217001_4865870131001_4865853109001-vs

KUALA LUMPUR, Rabu – Dianggarkan sekurang-kurangnya 36,570 pekerja diberhentikan pada tahun lalu dengan, lapor Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Daripada jumlah itu, 16,789 daripadanya melalui proses pembuangan dan 19,781 orang lagi menerusi Skim Pemberhentian Sukarela (VSS).

Ketua Eksekutif HRDF, Datuk CM Vignaesvaran Jeyandran berkata, mengikut rekod, setiap tahun kira-kira 15,000 hingga 16,000 pekerja diberhentikan kerja, manakala kadar pengangguran ialah 3.1 peratus.

Katanya, trend pemberhentian pekerja ini boleh disifatkan sebagai fenomena biasa mengambil kira perkembangan teknologi terkini.

“Industri minyak dan gas (O&G) menerima impak tinggi dari segi pemberhentian pekerja lebih-lebih lagi susulan kejatuhan mendadak harga minyak dunia.

“Walau bagaimanapun, beliau menegaskan, punca pembuangan pekerja bukan sahaja disebabkan oleh faktor ekonomi semasa semata-mata.

Sebaliknya kata beliau, evolusi teknologi yang berlaku dari semasa ke semasa turut memberi kesan kepada pekerja terutama dalam sektor perkilangan dan pembuatan,” katanya lapor Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut beliau berkata, jumlah pekerja yang diberhentikan sepanjang tahun lalu bukanlah satu perkara yang membimbangkan kerana apabila sesebuah produk berkenaan tidak lagi boleh dijual di pasaran, maka pekerja kilang yang memiliki kemahiran untuk menghasilkan produk itu tidak diperlukan.

“Peralihan teknologi kepada penghasilan alat yang lebih canggih justeru memerlukan seseorang individu untuk mempelajari kemahiran baharu dengan pantas,” katanya.

The post Lebih 36,000 pekerja diberhentikan tahun lalu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?