Lebih 40 wartawan ditangkap, 211 kakitangan Turkish Airlines dipecat
ANKARA, Selasa – Pihak berkuasa Turki mengeluarkan waran tangkap kepada lebih 40 wartawan ekoran didakwa terlibat dengan cubaan rampasan kuasa mengguling Presiden Recep Tayyip Erdogan.
Waran itu dikeluarkan semalam oleh pendakwa raya anti-keganasan Istanbul dengan menyifatkan tindakan ini sebagai sebahagian daripada penyiasatan terhadap insiden yang berlaku.
Antara wartawan yang dikeluarkan waran ialah Nazli Ilicak yang dipecat daripada surat khabar Sabah daily pada 2013 kerana mengkritik skandal rasuah dilakukan oleh menteri.
Dalam perkembangan sama, syarikat penerbangan Turkish Airlines turut memaklumkan memecat 211 kakitangan yang didakwa mempunyai kaitan dengan rampasan kuasa itu.
Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, kontrak kakitangan berkenaan ditamatkan atas beberapa tujuan.
Antaranya keperluan operasi, ketidakcekapan, prestasi yang buruk serta memberi sokongan kepada pergerakan agama yang dipimpin seorang ulama Fethullah Gulen yang kini berada di Amerika Syarikat. – Agensi
The post Lebih 40 wartawan ditangkap, 211 kakitangan Turkish Airlines dipecat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan