Lima rakyat Malaysia sah diculik kumpulan Abu Sayyaf: KPN

Tan-Sri-Khalid-Abu-Bakar

KUALA LUMPUR, Khamis — Lima rakyat Malaysia yang hilang di perairan Dent Haven, Tambisan, Sabah tiga hari lepas disahkan menjadi mangsa penculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya telah mendapat pengesahan mengenai perkara itu daripada pihak berkuasa Filipina.

“Saya sahkan mereka diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf dan setakat ini tiada sebarang tuntutan wang tebusan yang diterima daripada mana-mana pihak,” katanya kepada pemberita.

Beliau menutup program Trim & Fit 2016 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini, hari ini.

Kejadian itu disedari apabila sebuah bot tunda dengan enjinnya masih hidup ditemukan terdampar di perairan Lahad Datu itu Isnin lalu.

Mereka yang diculik itu dikenali sebagai Abd Rahim Summas, 62, juragan bot berkenaan dari Kampung Tanjung Batu, Tawau; Tayudin Anjut, 45, dari Kampung Tanjung Batu Darat, Tawau; Mohd Ridzuan Ismail, 32, dari Felda Jengka 7, Bandar Jengka, Pahang; Fandy Bakran, 26, dari Kampung Pukat, Tawau dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, dari Batu 2, Jalan Apas, Tawau. — Bernama

The post Lima rakyat Malaysia sah diculik kumpulan Abu Sayyaf: KPN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian