Mahasiswa main peranan penting kekang ancaman militan IS
KUALA NERUS, Sabtu – Mahasiswa perlu memainkan peranan penting bagi mengekang penularan ancaman militan IS daripada tersebar di universiti.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau tidak mahu ada mahasiswa yang terlibat dalam kumpulan militan itu.
Selain di kampus, beliau berkata, mahasiswa juga harus mengambil pendekatan dan inisiatif tersendiri dengan menyebarkan kepada masyarakat termasuk golongan bukan Islam mengenai ajaran Islam sebenar.
“Ancaman Daesh (IS) ini adalah benar dan ianya baru bermula.
“Jangan anggap ia perkara yang kecil. Mahasiswa harus membetulkan persepsi orang ramai mengenai Islam sebenar yang cintakan keamanan, kebenaran, kedamaian dan Islam bencikan keganasan,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Islam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2016 peringkat kebangsaan di sini, malam tadi.
Sehubungan itu, Idris menyeru mahasiswa ambil tanggungjawab untuk menyampaikan dan menyebarkan kepada orang ramai termasuk menggunakan media sosial, mengenai Islam sebenar dan ancaman IS.
The post Mahasiswa main peranan penting kekang ancaman militan IS appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan