Mahathir dakwa diganggu orang Kerajaan

MALAYSIAPOLITICSNAJIBMAHATHIRCORRUPTION1MDBFILES075522

BANGI, Selasa – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau dan keluarga termasuk kenalannya kini diganggu pihak berkuasa termasuk didatangi pegawai cukai.

Menurut laporan The Straits Times, Tun Dr Mahathir memberitahu bahawa beliau dikunjungi pegawai dari Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Beliau turut menganggap ia satu bentuk tekanan ke atasnya susulan kelantangan mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya diganggu pada masa ini. Pelbagai perkara dilakukan bagi menyulitkan kehidupan saya, keluarga dan juga kenalan saya.

“Pelbagai perkara dilakukan bagi menyekat saya daripada memburukkan imej Najib,” kata Tun Dr Mahathir yang berada di Jakarta bagi menyampaikan syarahannya di sebuah universiti.

Tun Dr Mahathir baru-baru ini mengumumkan satu pakatan parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan PAN akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, beliau tidak berminat bertanding pada PRU-14, sebaliknya akan memberi tumpuan membantu parti pembangkang menentang BN.

The post Mahathir dakwa diganggu orang Kerajaan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?