Mahkamah Khas Siber bakal beroperasi September

azalina-othman

BANGI, Rabu – Mahkamah Khas Siber bagi membicarakan kes-kes jenayah membabitkan undang-undang siber bakal beroperasi di Kuala Lumpur, September ini, diikuti Selangor, Johor dan negeri lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kerajaan berpendapat sudah tiba masanya Mahkamah Khas Siber diwujudkan berikutan peningkatan jenayah siber yang semakin meningkat.

“Kerajaan berpendapat sudah tiba masanya Mahkamah Khas Siber itu diwujudkan susulan trend serangan siber yang membimbangkan seperti penggodaman, penipuan dalam talian, botnet, web-defacement, kecurian maklumat, pengintipan, judi siber, pornografi dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azalina berkata, satu memorandum Jemaah Menteri mengenai penubuhan mahkamah itu akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Beliau perkata cadangan penubuhan mahkamah berkenaan telah dimaklumkan kepada Kabinet hari ini selain kepada Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria.

Azalina berkata penubuhan Mahkamah Khas Siber itu adalah sebagaimana penubuhan mahkamah khas lain seperti Mahkamah Khas Rasuah, Mahkamah Khas Koroner, Mahkamah Khas Antipencatutan dan Mahkamah Khas Alam Sekitar dan sebagainya.

The post Mahkamah Khas Siber bakal beroperasi September appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?