Mahkamah perlu tingkat kecekapan kendali kes

mahkamah

KUALA LUMPUR, Sabtu – Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria menggesa pihak pengurusan mahkamah meningkatkan kecekapan dalam memastikan kes diselesaikan dalam tempoh ditetapkan.

Arifin berkata, sehingga Mei lalu, Perlis mencatat kadar kes tertunggak tertinggi iaitu 22.8 peratus dan hanya dapat menyelesaikan 54 peratus kes sivil dalam tempoh enam bulan selepas kes didaftarkan.

Manakala Mahkamah Majistret Perlis dan Pulau Pinang, masing-masing mencatatkan kadar pelupusan terendah bagi kes sivil dan jenayah di negara ini.

Bagi kes jenayah pula, katanya, Mahkamah Majistret Pulau Pinang mencatat kadar pelupusan 75.7 peratus, manakala Kuala Lumpur merekodkan penyelesaian kes jenayah terbaik pada kadar 95.5 peratus dalam tempoh sembilan bulan.

“Berdasarkan statistik, Mahkamah Majistret Jenayah Kuala Lumpur dan Sarawak mencatat peratusan tertinggi dalam pelupusan kes, masing-masing 95.5 peratus dan 95.1 peratus penyelesaian kes dalam tempoh sembilan bulan.

“Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur turut mencatat kadar pelupusan tertinggi iaitu 90 peratus,” katanya berucap pada Persidangan Pegawai Kehakiman 2016 di sini, hari ini.

The post Mahkamah perlu tingkat kecekapan kendali kes appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?