MAIPk sedia enam trak makanan bantu golongan asnaf

food2

IPOH, Rabu – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) akan menyediakan enam trak makanan bagi membantu golongan asnaf di negeri ini menjalankan perniagaan sekali gus meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Dr Amiruddin Muhammed berkata, projek yang turut mendapat kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional itu akan dilancar September depan.

“Peniaga yang terpilih akan menjual burger keluaran NZ Hot Stone yang terkenal di utara negara dan di Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri MAIPk di sini hari ini.

Menurut Amiruddin, pihak MAIPk akan memberi modal RM30,000 yang dibayar secara ‘one off’ untuk pembiayaan trak dan latihan kepada golongan asnaf terpilih.

“Sementara itu, pihak Tekun pula membantu dari segi pemberian modal yang perlu dibayar balik mengikut syarat ditetapkan,” katanya.

Amiruddin berkata trak makanan itu akan berada di beberapa lokasi berbeza antaranya Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Manjung dan Seri Iskandar.

Katanya, pendekatan baharu itu diambil MAIPk bagi mengeluarkan golongan asnaf daripada kepompong kemiskinan dan bertukar menjadi pembayar zakat.

“Kita tidak mahu mereka berterusan menjadi golongan asnaf, jika hari ini mereka merupakan penerima bantuan zakat, kita mahu suatu hari nanti mereka menjadi golongan pengeluar zakat pula,” katanya. – Bernama 

The post MAIPk sedia enam trak makanan bantu golongan asnaf appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?