Malaysia Airlines tawar tambang rendah KL-London
BANGI, Rabu – Malaysia Airlines Berhad (MAB) menawarkan tambang rendah untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke London yang terpilih, menerusi promosi ‘How Far Can Your Ringgit Go’ bermula semalam.
Dalam satu kenyataan semalam MAB berkata, tambang rendah itu bermula RM2,499 bagi kelas ekonomi dan RM10,999 kelas bisnes, adalah untuk perjalanan pergi-balik sehingga 31 Mac 2017.
Di bawah promosi ini, penumpang akan menerima pelbagai pilihan hiburan, kata Ketua Pegawai Komersial, Paul Simmons.
Mereka juga akan dihidangkan dengan menu makanan baharu yang dipertingkatkan serta servis permintaan makanan serta-merta, selain daripada tambahan elaun bagasi 30 kilogram dan 40 kilogram, masing-masing untuk kelas ekonomi dan kelas bisnes.
Untuk maklumat lanjut, layari http://ift.tt/HupXxc atau mana-mana pejabat tiket Malaysia Airlines di seluruh negara atau hubungi pusat panggilan pada nombor 1300-88-3000.
The post Malaysia Airlines tawar tambang rendah KL-London appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan