Malaysia Airlines tempah 50 pesawat 737 MAX
BANGI, Rabu – Malaysia Airlines Bhd bakal meperluaskan lagi armadanya apabila menempah 50 pesawat Boeing 737 MAX dengan 25 tempahan pasti dan 25 hak pembelian bernilai AS$5.5 bilion.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata, penyerahan pesawat itu dijangka akan bermula pada 2019.
Ketua Eksekutif Malaysia Airlines, Peter Bellew berkata, pesawat baru itu akan mengurangkan kos operasi dan membolehkan syarikat penerbangan tersebut terbang ke lebih banyak destinasi.
“Malaysia Airlines kini berada pada tahap perkembangan di rantau ASEAN.
“Dengan pesanan pesawat baru ini, ia akan menyediakan penambahbaikan yang berterusan dan kejayaan kami pada masa akan datang,” katanya.
Pembelian kapal terbang itu adalah keputusan pertama yang dibuat oleh syarikat penerbangan tersebut sejak Bellew mengambil alih jawatan sebagai Ketua Eksekutif daripada Christoph Mueller pada 1 Julai lalu.- Agensi
The post Malaysia Airlines tempah 50 pesawat 737 MAX appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan