Malaysia kutuk serangan menyayat hati di Kabul

 

Malaysia's Prime Minister Najib Razak attends the opening of the International Conference on Deradicalisation and Countering Violent Extremism in Kuala Lumpur, Malaysia, January 25, 2016. REUTERS/Olivia Harris - RTX23UBH

KUALA LUMPUR, Ahad – Malaysia mengutuk serangan di Kabul, Kabul, Afghanistan pada Sabtu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan “tiada justifikasi bagi pembunuhan orang yang tidak bersalah”.

Najib berkata doa dan ingatan kami mengiringi rakyat Afghanistan tatkala mereka mengadakan hari berkabung kebangsaan.

“Sedih dengan serangan di Kabul. Tiada justifikasi bagi pembunuhan orang yang tidak bersalah. Ingatan dan doa kami mengiringi rakyat Afghan yang mengadakan hari berkabung kebangsaan pada pagi ini,” katanya dalam catatan di akaun twitter beliau @NajibRazak, hari ini.

Media antarabangsa melaporkan dua letupan berlaku semasa komuniti etnik Hazara, Afghanistan sedang mengadakan tunjuk perasaan secara aman di ibu negara Afghan itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 80 orang terbunuh dan mencederakan lebih 230 yang lain, dalam kejadian serangan bunuh diri yang didakwa dilakukan oleh kumpulan militan IS.

Juga dilaporkan bahawa dua pengebom bunuh diri telah meletupkan bahan letupan di tengah-tengah peserta tunjuk perasaan itu yang berarak bagi menuntut supaya talian bekalan kuasa dibina melalui kawasan perumahan mereka. – Bernama

The post Malaysia kutuk serangan menyayat hati di Kabul appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?