Mangsa difteria: Bayi 11 bulan di Kedah meninggal dunia  

Gambar: Berita Harian

Gambar: Berita Harian

SUNGAI PETANI, Ahad – Bayi yang sebelum ini kritikal akibat jangkitan difteria, Muhammad Rusyidi Rizky Amdin dilaporkan meninggal dunia awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan ibu mangsa, Zalifah Hussin, 40, yang memaklumkan bayinya berusia 11 bulan itu telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi selepas disedari tidak bernafas di rumah mereka di Flet Paya Nahu.

“Seperti biasa saya akan bagi dia minum susu setiap jam 2 pagi, namun pagi tadi saya cuba mengejutkan arwah tetapi dia tidak memberi sebarang tindak balas dan disedari sudah tidak bernafas,” katanya.

Zalifah berkata, sebelum ini anaknya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan dan kelihatan ceria selepas pulang dari Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Khamis lalu.

“Selepas keluar dari hospital dia kelihatan ceria dapat berkumpul dengan adik-beradik yang lain dan selera makannya juga seperti biasa. Saya tidak menyangka perkara ini berlaku kepada arwah kerana dia kelihatan sihat sahaja,” katanya lapor Berita Harian.

Terdahulu enam sekeluarga dari Flet Paya Nahu disahkan dijangkiti difteria dengan seorang daripadanya, Muhammad Haris Haikal, 2, yang juga abang kepada Muhammad Rusyidi, meninggal dunia.

 
 
 

The post Mangsa difteria: Bayi 11 bulan di Kedah meninggal dunia   appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?