Media antarabangsa, netizen ejek Najib dalam Twitter #MalaysianOfficial1
BBC menjadikan lukisan diambil dari laman Twitter @AtTheEdgeMsia sebagai gambar utama berita berjudul ‘1MDB scandal: ‘Will the real Malaysian Official 1 please stand up?’, hari ini.
BANGI, Jumaat – Di sebalik media arus perdana tidak melaporkan mengenai saman sivil oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) bagi menyita aset individu dan syarikat berikutan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), media antarabangsa pula bersikap sebaliknya.
Beberapa media ternama antarabangsa seperti BBC, Wall Street Journal, Bloomberg, Aljazeera, CNBC, Reuters dan New York Times, bukan sahaja melaporkan berita itu secara besar-besaran, malah turut menjadikannya sebagai bahan ejekan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Paling ketara laporan BBC hari ini dengan tajuk ‘1MDB scandal: ‘Will the real Malaysian Official 1 please stand up?’ yang menyatakan hashtag ‘#MalaysianOfficial1’ menjadi topik yang pantas bergerak di dalam laman Twitter di Malaysia.
Menurut BBC, selepas beberapa tahun spekulasi dan dakwaan rasuah, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penemuan besar dalam skandal 1MDB.
Jabatan Kehakiman AS memberitahu akan menyita aset bernilai lebih AS$1 bilion milik individu dan syarikat selepas mereka menyiasat aliran dana 1MDB, dan mendakwa ‘Malaysian Official 1’ menerima jutaan dolar dari 1MDB.
Individu tidak dinamakan itu dirujuk sebanyak 32 kali dan dinyatakan sebagai ‘pegawai tinggi kerajaan Malaysia’.
BBC melaporkan ramai rakyat Malaysia percaya individu terbabit ialah Najib. Perdana Menteri sebelum ini menafikan sebarang salah laku.
Kini hastag ‘#MalaysianOfficial1’ menjadi topik yang cepat bergerak di Malaysia, kata BBC sambil meletakkan komen Twitter rakyat Malaysia serta katun dan gambar berbentuk sindiran.
BBC turut meletakkan katun lukisan Zulkiflee Anwar Ulhaque (Zunar) yang menunjukkan kesan teori domino, dalam laporan mereka.
Zunar memberitahu BBC, dua karakter katun di bawah menunjukkan ketua polis dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara.
“Mereka sepatutnya mengambil tindakan, tetapi sebaliknya mereka memilih untuk menjadi sekumpulan pesuruh. Apabila hal menjadisemakin buruk, mereka lari.
“Walaupun, Jabatan Kehakiman Amerika mengambil tindakan terhadap Riza dan Jho Low, saya berpendapat, kesan domino akan mengenai Najib dan Rosmah,” katanya.
BBC turut memuat naik Twitter penulis buku, Saharil Hasrin Sanin yang melukis katun yang menunjukkan seorang wanita bertanya kepada seorang lelaki, yang lukisannya kelihatan seperti Najib, sama ada dia mahu makan kari.
Lelaki di dalam katun itu menjawab tidak mahu kerana terlalu pedas.
The post Media antarabangsa, netizen ejek Najib dalam Twitter #MalaysianOfficial1 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan