Menteri beri jaminan ambil tindakan terhadap Malaysiakini

malaysiakini

KUALA LUMPUR, Ahad – Menter Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak memberi jaminan akan menggunakan segala perundangan yang ada ke atas portal berita liberal, Malaysiakini berikutan menyiarkan artikel serta komen pembaca bersifat biadab yang menyinggung sensitiviti umat Islam.

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat secara teliti tindakan Malaysiakini menyiarkan artikel akhbar Bangladesh, The Daily yang mengaitkan pendakwah Islam antarabangsa, Dr. Zakir Naik de­ngan anggota kumpulan militan dan disusuli komen pembaca.

“Kita akan siasat dan akan gunakan kuasa yang ada pada kita untuk mengambil tindakan,” katanya kepada d Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan pelbagai pihak agar tindakan diambil ke atas Malaysiakini yang berulang kali melakukan provokasi melampau.

Selasa lalu, Malaysiakini memetik laporan The Daily mendakwa salah seorang suspek dalam insiden keganasan di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini, Rohan Imtiaz menulis di Facebook tahun lalu menyatakan Dr Zakir menggesa semua umat Islam untuk menjadi pengganas.

Sebelum ini, Malaysiakini juga membiarkan pembaca-pembacanya menulis komen yang menyinggung sensitiviti umat Islam dalam reaksi mereka terhadap artikel yang disiarkan portal itu.

Susulan itu semalam, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Jaringan Melayu Malaysia (JMM), dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan berhenti berlembut dalam soal penghinaan ke atas Islam yang dilakukan portal itu.

Setakat ini difahamkan Malaysiakini hanya sekadar tampil memohon maaf kerana menyiarkan artikel itu tanpa memberi sebarang jaminan bahawa perbuatan sedemikian tidak akan diulang lagi pada masa hadapan.

The post Menteri beri jaminan ambil tindakan terhadap Malaysiakini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?