Mesir akan kaji rayuan hukuman Mohamed Morsi

morsi

KAHERAH, Jumaat – Mahkamah Mesir akan mula memeriksa dua rayuan yang difailkan oleh bekas Presiden, Mohamed Morsi pada Oktober ini, termasuk hukuman mati, kata peguam dan seorang pegawai kehakiman.

Morsi, presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokratik dan digulingkan pada bulan Julai 2013 oleh ketua tentera ketika itu yang kini Presiden Abdel Fattah al-Sisi telah disabitkan dengan pelbagai tuduhan dalam empat perbicaraan.

Mahkamah rayuan tertinggi Mesir akan mula memeriksa keputusan ini pada 18 Oktober, kata pegawai kehakiman.

Pada bulan April 2015, Morsi dijatuhi hukuman 20 tahun penjara kerana peranannya dalam protes keganasan terhadap penunjuk perasaan ketika beliau berkuasa selama setahun.

Mahkamah akan meneliti sabitan ini pada 8 Oktober.

Peguam Morsi, Abdel Moneim Abdel Maksoud berkata, mahkamah hanya akan melihat ke dalam kes-kes “kesemua defendan yang berada dalam jagaan” dan bukan mereka yang didapati bersalah tanpa hadir.

“Kami tidak tahu sama ada mahkamah akan mengeluarkan keputusan pada hari yang sama,” kata Abdel Maksoud.

Walaupun rayuan Morsi berjaya, beliau akan dibicarakan lagi di mahkamah baru bagi tuduhan yang sama.

Dalam sabitan terbarunya, mahkamah bulan lalu menghukum penjara seumur hidup ke atas Morsi kerana memimpin sebuah organisasi yang menyalahi undang-undang iaitu Ikhwanul Muslimin yang kini telah disenarai hitam dan 15 tahun kerana mempunyai “dokumen rahsia mengenai keselamatan negara yang dicuri,” kata peguamnya.

Beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tahun lepas kerana dituduh melakukan “pengintipan” bagi pihak Iran dan negara-negara lain, serta kumpulan Hamas dan Hezbollah.

Beratus-ratus penyokong Morsi telah terbunuh dalam protes berikutan penyingkirannya. – Agensi

The post Mesir akan kaji rayuan hukuman Mohamed Morsi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?