Mesyuarat dua hala negara Asean mengenai ancaman Daesh: KPN

daesh malaysia

PUTRAJAYA, Selasa – Isu melibatkan kumpulan militan Daesh dan ancamannya akan dibincangkan menerusi beberapa mesyuarat dua hala dengan negara anggota ASEAN, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia mengadakan perbincangan dengan Indonesia, Thailand dan Filipina berkenaan kaedah menangani Daesh di luar hari pertama Persidangan Ketua-ketua Polis ASEAN (Aseanapol) ke-36 semalam.

Bagaimanapun, beliau menekankan ancaman Daesh tidak akan dibincangkan secara terbuka dalam persidangan selama enam hari itu.

“Isu Daesh dan keganasan mesti dibincangkan menerusi mesyuarat dua hala ataupun tiga hala. Kami tidak boleh membincangkannya secara terbuka dengan 10 negara (anggota ASEAN),” beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Persidangan Aseanapol ke-36 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hotel di sini hari ini.

Khalid juga berkata polis tidak memerlukan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana negara ini sudah mempunyai Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan) 2013.

“Kedua-dua undang-undang ini adalah sangat berkesan untuk mengekang aktiviti keganasan di dalam negara. Kami tidak perlukan ISA, kami ada POCA dan POTA. Kami selesa dengan undang-undang baharu,” katanya.

Mengulas mengenai peranti letupan diubah suai (IED) seberat satu kilogram yang dirampas baru-baru ini, Khalid berkata kumpulan ini mempelajari kaedah membuatnya menerusi internet.

“Mereka belajar dari internet dan kita tidak boleh tutup internet. Kita ada cara tersendiri untuk tangkap mereka ini, perkara ini tidak boleh didedahkan,” katanya.-  Bernama

The post Mesyuarat dua hala negara Asean mengenai ancaman Daesh: KPN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian