MH370: Misi pencarian ditangguhkan selepas meliputi lokasi semasa
BANGI, Jumaat – Mesyuarat tiga pihak antara Menteri Pengangkutan Malaysia, Australia dan China memutuskan supaya misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 ditangguhkan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, keputusan penangguhan itu tidak bermakna negara telah berputus asa dalam mengesan misteri kehilangan pesawat malang tersebut.
“Kita masih bersemangat mengesan MH370, jika ada bukti baru yang kukuh mengenai lokasi pesawat itu, kami akan bekerjasama untuk menganalisis buktinya,” katanya memetik The Star Online, hari ini.
Katanya, setakat ini misi pencarian telah meliputi 110,000 km persegi di Lautan Hindi dan pencarian akan diteruskan bagi melengkapkan ia kepada 120,000 km persegi.
Pesawat komersial Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar selepas satu jam berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 lalu.
The post MH370: Misi pencarian ditangguhkan selepas meliputi lokasi semasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan