MO1: Bagaimana mahu dakwa tanpa sebut nama, soal Tun M

tunM-L

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Selasa – Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat yang tidak mendedahkan nama sebenar Malaysian Officer 1 (MO1) seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Bagaimanakah DoJ Amerika Syarikat akan mendakwa MO1 tanpa menyebut namanya? Saya tidak tahu mengapa pegawai-pegawai AS enggan menulis nama MO1 dalam laporannya sedangkan nama-nama pesalah lain iaitu Riza Aziz, Jho Low dan Khadim Abdullah didedahkan.

“Jika perkara ini bukan diperingkat tuduhan jenayah, maka nama-nama tersebut tidak perlu didedahkan.

“Sekarang Najib dan penyokongnya mengatakan bahawa nama Najib tidak disebut, maka beliau tidak terlibat,” katanya dalam entri terbaru diblog, chedet.cc, hari ini.

Mengulas lanjut Tun Dr Mahathir berkata, merampas wang yang dirompak tidak boleh membatalkan perbuatan jenayah itu, sebaliknya kata beliau pertuduhan jenayah adalah ke atas perompak itu sendiri.

“Rakyat Malaysia mahu mendapatkan semula nama baik mereka. Mereka tidak mahu dipimpin oleh seorang yang disyaki merompak berbilion-bilion wang kerajaan.

“Mereka tidak boleh buat apa-apa kerana MO1 telah mengawal Peguam Negara, polis dan agensi penguatkuasaan. Mereka tidak boleh menyingkirkan beliau melalui undi tidak percaya kerana beliau kawal majoriti ahli Parlimen,” katanya.

Bagaimanapun katanya, suka ataupun tidak rakyat terpaksa bergantung kepada tindakan yang diambil oleh negara-negara asing bagi mendapatkan keadilan.

“Jika AS benar-benar mahu membasmi rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan negara mereka, mereka perlu menamakan MO1.

“Bila pencuri berkuasa ke atas polis dan agensi pendakwaan, hanya campur tangan asing sahaja boleh membawa keadilan,” katanya.

The post MO1: Bagaimana mahu dakwa tanpa sebut nama, soal Tun M appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian