Mufti Pulau Pinang gesa Pokemon Go diharamkan

salim

GEORGETOWN, Selasa – Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa supaya Pokemon Go diharamkan segera, selepas mengikuti pandangan pro dan kontra diberikan oleh pelbagai pihak tertentu mengenai permainan digital tersebut, lapor Sinar Harian.

Katanya, Jabatan Mufti mendapati aspek negatifnya lebih banyak berbanding aspek positifnya.

“Justeru, kita berharap Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan perlu membuat keputusan mengharamkan permainan berkenaan dengan kadar segera,” katanya.

Pokemon Go adalah satu permainan gajet yang menjadi viral kerana tampil dengan ciri gabungan alam fantasi dan sistem navigasi GPS. Ia membolehkan pemain memburu haiwan digital menerusi teknologi ini yang mengesan lokasi dan waktu pemain.

Aplikasi menggunakan GPS itu dikatakan menyeronokkan dengan cabaran mengumpul koleksi haiwan Pokemon seperti yang dilakukan oleh watak utama permainan tersebut, Ash Ketchum.

Dalam bahasa yang mudah, ia membolehkan pengguna mengesan Pokemon di sekeliling mereka menggunakan telefon ketika bermain supaya pengguna boleh berlari dan menangkapnya.

Wan Salim berkata, beberapa kaedah boleh digunakan untuk mengharamkan permainan itu iaitu seperti sadda azzara’i, dar’ul mafasid, maslahah ‘ammah dan sebagainya.

Katanya, ia bagi menyekat pintu-pintu kerosakan di samping memelihara kesejahteraan awam.

The post Mufti Pulau Pinang gesa Pokemon Go diharamkan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?