Najib suntik RM740 juta dana Tabung Haji kepada syarikat bermasalah: Rafizi
BANGI, Rabu – Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, menuduh Datuk Seri Najib Razak menggunakan dana rakyat yang menyimpan di dalam Tabung Haji berjumlah RM740 juta untuk disuntik ke dalam syarikat TH Heavy Engineering Berhad (THHE) melalui satu anugerah kontrak kerajaan secara rundingan terus.
Dalam satu kenyataan semalam beliau mendakwa suntikan ini diperlukan memandangkan keadaan kewangan THHE yang terlalu terdesak, terutama selepas ia disaman oleh kontraktornya untuk mengutip hutang tertunggak.
“Saya sertakan satu salinan surat dari Kementerian Kewangan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menyenaraikan segala maklumat terperinci mengenai anugerah kontrak secara rundingan terus ini:
“Saya perlu tegaskan bahawa syarat khusus bahawa “THHE perlu bekerjasama dengan syarikat tempatan lain yang mempunyai kemudahan, keupayaan dan pengalaman membina kapal” dimasukkan kerana semakan menunjukkan bahawa THHE TIDAK PERNAH mempunyai pengalaman membina kapal OPV seperti yang dikehendaki.
“THHE adalah sebuah syarikat yang membina kemudahan pelantar di luar pesisir pantai. Kalau dalam perniagaan sekarang pun ia bermasalah untuk menyiapkan kerja-kerja sehingga mengalami kelewatan dan turut digantung oleh PETRONAS Carigali dari turut serta di dalam kontrak perolehan PETRONAS Carigali, sudah tentu THHE akan bermasalah dalam menyediakan kapal-kapal OPV yang diperlukan sekarang,” katanya.
Rafizi berkata, tindakan Najib menggunakan kontrak membekal OPV untuk menutup kelemahan Tabung Haji melabur di dalam THHE yang sudah terdedah kepada kerugian berjumlah RM554 juta adalah terdesak dan sangat tidak bertanggungjawab.
The post Najib suntik RM740 juta dana Tabung Haji kepada syarikat bermasalah: Rafizi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan