NGO Islam tetap berkumpul bantah konsert Selena Gomez

pekid1

Oleh Athirah Huda Zalhe

SHAH ALAM, Selasa -Wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam berhimpun di perkarangan Stadium Malawati Shah Alam bagi membantah konsert Selena Gomez yang berlangsung malam tadi.

Bantahan yang diwakili oleh Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID) dan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) dihadiri hampir 30 ahlinya.

Presiden PERKID, Masridzi Sat berkata, tujuan pihaknya berhimpun bukanlah untuk mencetuskan kekacauan mahupun provokasi sebaliknya mahu melakukan solat hajat dan memantau keadaan konsert berkenaan.

“Kami bukan nak buat kacau, konsert ini dah ada permit tiada masalah. Mereka boleh jalankan sahaja. Kami akan buat solat hajat di sini dan sekadar pantau apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.

Malah katanya, konsert penyanyi pop antarabangsa itu telah diberi kelulusan berdasarkan peraturan yang digariskan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri.

“Jadi, kita nak lihat sama ada peraturan itu dipatuhi ataupun tidak. Namun, kita dapat lihat pada awal lagi keadaan anak-anak orang Islam yang berpakaian tidak senonoh dan bersosial,” katanya.

Tegas Masridzi, beliau tidak mahu kematian enam remaja Islam pada konsert di Bukit Jalil sebelum ini berulang kembali.

pekid2

“Cukup lah apa yang terjadi di Bukit Jalil. Dulu kita tiada bukti, kononnya konsert sebegini untuk orang bukan Islam, ia berjalan dengan baik, ikut syarat dan orang Melayu tidak terlibat.

“Tetapi, anda lihat sama ada Melayu terlibat atau tidak? Apa yang berlaku di Bukit Jalil sehingga enam orang mati di Bukit Jalil. Perkara ini disenyapkan begitu sahaja. Penganjur lepas tangan, pihak berkuasa tunding jari. Yang mati anak-anak orang Islam kerana dadah,” katanya.

Dianggarkan kira-kira 2,000 orang hadir menonton konsert itu malam tadi.

The post NGO Islam tetap berkumpul bantah konsert Selena Gomez appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?