Palestin mahu saman Britain sokong penempatan Yahudi melalui Deklarasi Balfour 1917

_90518202_faa8d3ef-0f29-4788-9b03-50f39829056d

RAMALLAH, Rabu – Pemimpin Palestin kini cuba mendapatkan sokongan Liga Arab bagi memfailkan saman terhadap Britain yang menyokong pembinaan penempatan Yahudi di Palestin menerusi Deklarasi Balfour 1917.

Menteri Luar Palestin Riyad al-Malki dalam mesyuarat bersama Liga Arab di Mauritania semalam berkata, sudah hampur sekurun insiden ini berlalu sejak 1917.

“Atas dasar perjanjian yang dibuat oleh pihak yang tidak memiliki tanah, kepada pihak yang tidak layak memilikinya, ratusan ribu Yahudi dari Eropah dan tempat-tempat lain memasuki Palestin dan menindas rakyat kami.

“Rakyat Palestin sudah beberapa milenia menghuni tanah ini daripada susur-galur sebelumnya,” katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan saluran proses aduan itu akan dibuat.

Deklarasi Balfour telah dimeterai pada 2 November 1917 oleh Setiausaha Luar British, Arthur Balfour yang antara lain bersetuju membuka tanah Palestin untuk kemasukan orang Yahudi.

Ia adalah langkah awal dalam pembentukan ‘negara’ Israel pada 1948 – Agensi

The post Palestin mahu saman Britain sokong penempatan Yahudi melalui Deklarasi Balfour 1917 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?