PAN setuju PRN Pulau Pinang, DAP tunggu kata putus PKR
GEORGETOWN, Selasa – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Parti Amanah Negara (PAN) menyokong cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut di Pulau Pinang .
Katanya, PAN juga bersetuju untuk bertanding jika Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
“Sekarang ini hanya tinggal PKR. Kami berharap pemimpin mereka akan membuat keputusan untuk menyokong usaha tersebut pada Selasa.
“Saya tahu PKR bimbang kehilangan kerusi. Kami juga bimbang.
“Tetapi masa depan Pulau Pinang akan menjadi cerah sekiranya kita mempunyai kepercayaan dan keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat,” katanya kepada orang ramai yang menghadiri taklimat awam kerajaan negeri bertajuk ‘Masa Depan Pulau Pinang’ di sini malam tadi.
Presiden PAN Mohamad Sabu, yang turut hadir pula berkata, beliau menjangkakan pengumuman itu akan dibuat pada Mesyuarat Majlis Presiden (MMP) pakatan harapan.
“Kami belum membincangkan pembahagian kerusi lagi. Kami akan menunggu keputusan PKR terlebih dahulu,” katanya.
The post PAN setuju PRN Pulau Pinang, DAP tunggu kata putus PKR appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan