PAS bantah konsert Selena Gomez atas dasar nahi mungkar

Nasrudin-Hassan

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, Rabu – Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menyifatkan bantahan penganjuran konsert penyanyi terkenal, Selena Gomes adalah termasuk dalam nahi mungkar iaitu mencegah kemungkaran.

“Sebagai seorang muslim, kita selayaknya memahami isu ini agar tidak sampai kita mencela ketetapan syariat Allah swt. Justeru itu, membantah perlakuan yang bertentangan dengan syariat adalah termasuk dalam bab An Nahyu A’nil Mungkar.

“Sementara membantah orang yang bantah kemungkaran adalah termasuk dalam bab menghalang perintah Allah swt,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Memetik laporan portal liberal sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata bahawa kerajaan Selangor tidak akan membatalkan konsert itu selagi penganjur dan penyanyi tersebut mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

“Seksi adalah ciptaan Tuhan, ada orang seksi, ada yang tidak seksi, ada orang cantik, ada yang tidak cantik. Kenapa kita perlu kisah dengan keseksiannya dan bukan lirik atau lagunya?” kata Azmin.

Bagaimanapun, Nasrudin berkata, walaupun seksi itu adalah anugerah Allah namun ia bukanlah untuk diperagakan kepada khalayak.

“Apatah lagi dengan aksi yang mengghairahkan. Islam menetapkan syariat menutup aurat kepada lelaki dan perempuan adalah bermaksud memelihara maruah malah mengangkat darjat agar tidaklah murah maruahnya dan rendah darjatnya,” katanya.

Sebelum ini, Pemuda PAS menggesa pihak berkuasa menyekat persembahan konsert yang dijadual berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam berikutan bimbang ia merosakkan akidah umat Islam.

Pengerusi Lajnah Dakwah Pemuda PAS, Hafez Sabri turut menggesa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan surat rasmi bagi tujuan itu.

Konsert Selena Gomez merupakan sebahagian daripada siri jelajah The Revival Tour yang bermula di Amerika Syarikat Mei lalu.

The post PAS bantah konsert Selena Gomez atas dasar nahi mungkar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?