PAS tidak bela Najib isu saman Amerika

1615_Politik_Idris-Ahmad

BANGI, Isnin – PAS menegaskan bahawa kenyataan parti itu berkenaan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) baru-baru ini bukan untuk mempertahan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya bimbang negara ini tersungkur di bawah naungan Amerika.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, PAS hanya mahu mengingatkan mengenai sejarah Amerika Syarikat (AS) apabila ianya membabitkan negara Islam.

“Kita tidak mahu Amerika menjadikan isu pendedahan DOJ menjadi sebab untuk melakukan sesuatu kepada negara. Siapa tidak kenal Amerika terhadap negara umat Islam.

“Kononnya Osama Bin Laden sembunyi di Afghanistan, apa yang terjadi selepas itu. Memburu kumpulan Al Qaeda di Iraq, selepas itu apa yang terjadi. Di Syria atas nama hendak memerangi IS, rakyat Syria menderita. Ini peringatan umum. PAS konsisten mengenai hal kedaulatan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan semua pihak untuk tidak membiarkan orang asing campur tangan dalam urusan negara ini, khususnya berkaitan siasatan syarikat pelaburan bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Apa yang penting kes ini mesti disiasat dengan adil dan telus oleh kita sendiri. Jangan sampai orang boleh campur hal kita dan kalau itu berlaku, itu silap kita sendiri,” kata Hadi.

Bagaimanapun kenyataan Hadi itu menimbulkan salah faham apabila ramai pihak menganggap Hadi cuba mempertahan Najib.

Idris berkata, beliau kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang tak habis-habis hendak fitnah kepada PAS.

“Terbaru kata PAS bela DS Najib kerana isu kenyataan DOJ mengenai wang RM4 bilion. Kalau benci jangan melampau sangat. Kalau marah jangan hilang rasional. Kalau berbeza pandangan jangan fitnah. Kalau pandai, jangan perasan semua kita tahu,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, penentangan PAS mengenai isu Perjanjian Trans –Pasifik (TPPA) adalah asas yang sama.

“PAS tidak mahu negara luar menguasai khazanah negara dan tidak mahu ada penjajahan ekonomi.

“Jangan pula penyokong UMNO hendak membela isu pendedahan DOJ dengan alasan campur tangan asing. Sedangkan TPPA, UMNO/BN menyokong kuat,” katanya.

The post PAS tidak bela Najib isu saman Amerika appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?