Pastikan sempadan Malaysia-Thai tidak ditembusi pengganas Daesh

1034417489

BANGKOK, Jumaat – Semua pihak terlibat dalam pengurusan sempadan Malaysia-Thai perlu sentiasa berwaspada dan siap siaga bagi memastikan sempadan bersama kedua-dua negara itu tidak ditembusi anasir pengganas Daesh.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata jawatankuasa tertinggi pengurusan sempadan kedua-dua negara telah menekankan kebimbangannya terhadap ancaman terbabit.

“Kami (Jawatankuasa Tertinggi Malaysia-Thai) tekankan kebimbangan kami pada ancaman IS (Islamic State atau Daesh), kemasukan anasir-anasir yang boleh memudaratkan keselamatan Malaysia dan Thailand di sempadan bersama.”

“Semua yang terlibat dalam pengurusan sempadan bersama Malaysia-Thai perlu tingkatkan kewaspadaan dan kesiapsiagaan untuk elak anasir-anasir (Daesh) daripada tembusi sempadan kita,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Malaysia-Thai ke-33 bersama rakan sejawatannya dari Thailand Jen Sommai Kaotira di sini.

The post Pastikan sempadan Malaysia-Thai tidak ditembusi pengganas Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?