PBB gesa rundingan damai konflik Syria dibincang bulan depan

828797 08.12.1988 Генеральный секретарь ЦК КПСС, Председатель Президиума Верховного Совета СССР Михаил Сергеевич Горбачев выступает на сессии Генеральной ассамблеи ООН во время официального визита в США. Юрий Абрамочкин/РИА Новости

GENEVA, Rabu – Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar rundingan damai berhubung konflik di Syria dibincang pada Ogos ini.

Wakil PBB ke Syria, Staffan de Mistura berkata, beliau sangat berharap rundingan damai bagi menamatkan konflik ganas lebih lima tahun di negara itu dapat disambung akhir bulan depan.

“Sasaran kami ialah meneruskan pusingan ketiga rundingan Syria akhir Ogos ini,” katanya.

Beliau berkata, permintaan itu adalah keperluan mendesak untuk memastikan rundingan di landasan betul.

Ini kerana, keganasan di Syria bertambah buruk di darat termasuk bandar Aleppo di mana tentera kerajaan mara ke kejiranan dikawal pemberontak.

Sambil menyuarakan harapan supaya rundingan dapat diteruskan dengan gencatan senjata, beliau mengakui ia mungkin tidak realistik.

“Rundingan itu tidak akan menunggu keadaan lebih baik di Aleppo atau Damsyik,” katanya.

Semalam, lebih 16 orang awam terbunuh dalam serangan udara dan bom di bahagian yang dikuasai puak pemberontak di wilayah Aleppo. -Agensi

The post PBB gesa rundingan damai konflik Syria dibincang bulan depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?