Pelajar Malaysia cedera di Nice, Perancis lepasi tahap kritikal
Rempuhan trak di Nice
SINGAPURA, Rabu – Pelajar Singapore University of Technology and Design (SUTD) dari Malaysia yang cedera dalam serangan di Nice, Perancis, baru-baru ini dilapor tidak menunjukkan tanda-tanda pendarahan dalaman atau kerosakan neurologi serta melepasi tahap kritikal.
Memetik SUTD, portal berita Channel NewsAsia melaporkan semalam, pasukan doktor sedang mengkaji hasil ujian perubatan Esmond Chuah, pelajar tahun tiga universiti itu.
Chuah mengalami keretakan pada belakang dalam serangan itu.
Laporan berkenaan menyebut beliau akan dibenarkan keluar selepas pihak hospital membenarkannya untuk melakukan perjalanan.
Seramai 12 pelajar SUTD berada di bandar raya percutian Perancis itu bagi menyertai program musim panas. – Bernama
The post Pelajar Malaysia cedera di Nice, Perancis lepasi tahap kritikal appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan