Pengkhianat negara mungkin dihukum mati: Erdogan
ANKARA, Isnin – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membayangkan pengkhianat negara yang terlibat dalam rampasa kuasa menggulingkan kerajaan Jumaat lalu berkemungkinan akan dihukum mati.
Ini ekoran katanya, penyokong yang berkumpul di kediamannya di Istanbul baru-baru ini mahu agar kerajaan mengenakan hukuman mati kepada pengkhianat yang terbabit.
“Kita tidak boleh mengetepikan kemahuan orang ramai ini. Ini demokrasi, apa yang rakyat mahu ia perlu dilaksanakan,” kata Erdogan.
Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dengan ahli parlimen di persidangan akan datang.
Dalam perkembangan sama, Kementerian Luar Turki memaklumkan angka kematian dalam insiden rampasan kuasa itu telah meningkat kepada lebih 290, termasuk 100 membabitkan pemberontak dengan 1,400 orang dilaporkan cedera. -Agensi
The post Pengkhianat negara mungkin dihukum mati: Erdogan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan