Peniaga disiasat jual ayam RM10 sekilo

ayam di pasar
LUMUT, Jumaat – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Manjung/Perak Tengah sedang menyiasat kes penjualan ayam yang mencecah RM10 sekilogram di kawasan Parit.

Ketua Cawangannya Omar Ismail berkata kes tersebut dilaporkan berlaku selepas dilaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2016.

Beliau berkata pihaknya sedang menyiasat perkara itu bagi mengetahui sama ada keuntungan yang diperoleh peniaga melebihi atau mematuhi margin untung bersih yang ditetapkan iaitu RM1.

“Peniaga boleh menaikkan harga jualan ayam mereka jika berlaku peningkatan kos tertentu. Bagaimanapun, mereka tidak boleh mendapat keuntungan lebih daripada yang ditetapkan seperti mana perjanjian sebelum ini.

“Namun begitu, kita minta peniaga keluarkan notis jika ada berlaku kenaikan harga barangan mereka,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Selain itu, Omar berkata pihaknya mengesan sebanyak empat kes termasuk dua membabitkan pelanggaran Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 sepanjang operasi semasa Ramadan serta pelaksanaan Skim Kawalan Harga.

Dua lagi kes masing-masing melibatkan Akta Perihal Dagangan 2011 serta Akta Timbang dan Sukat 1972, katanya.

“Sepanjang operasi dan penguatkuasaan skim tersebut dari 6 Jun hingga 6 Julai, sebanyak 749 premis perniagaan di sekitar daerah Manjung dan Perak Tengah diperiksa.

“Nilai rampasan pula sebanyak RM1,220 dan operasi ini kita teruskan dari semasa ke semasa bagi mengesan peniaga yang mengambil kesempatan,” katanya. – Bernama

The post Peniaga disiasat jual ayam RM10 sekilo appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?