Perang Syria: Puluhan terbunuh dalam serangan diketuai Amerika Syarikat di Manbij

A Syrian man reacts as rescuers look for victims under the rubble of a collapsed building following a reported air strike on the rebel-held neighbourhood of Sakhur in the northern city of Aleppo on July 19, 2016. Civilians in rebel-held parts of Syria's Aleppo expressed fears on July 18, 2016 of a lengthy government siege, as food supplies dwindled after regime troops seized the only road into the city's east. The government advance, which has been backed by a Russian air offensive, is seen as a major setback for opposition forces in Syria's second city. / AFP / THAER MOHAMMED (Photo credit should read THAER MOHAMMED/AFP/Getty Images)

MANBIJ, Rabu – Berpuluh-puluh orang awam telah terbunuh dalam satu serangan udara diketuai Amerika Syarikat terhadap kawasan di Syria yang dipegang oleh militan IS.

Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia berkata, sekurang-kurangnya 56 orang awam, termasuk 11 kanak-kanak terbunuh dalam serangan udara ke atas kawasan Tokhar di bandar utara Manbij, semalam.

Sepuluh lagi mangsa termasuk empat kanak-kanak terbunuh dalam serangan gabungan di kampung Hamira, di pinggir bandar selatan Manbij.

Penduduk di kawasan itu berkata, angka kematian berkemungkinan mencecah seramai 200 orang.

“Pusat arahan AS telah mengesahkan kepada Al Jazeera bahawa pihaknya telah menjalankan serangan udara di kawasan itu dan berkata mereka perlu menyiasat dakwaan sama ada orang awam cedera atau terbunuh dalam kejadian ini,” lapor wakil Al Jazeera Rosiland Jordan dari Washington.

Pengarah Balai Cerap, Rami Abdel-Rahman berkata,: “Kami percaya bahawa serbuan yang telah dijalankan semalam adalah daripada AS [atau] pesawat bersekutu, tetapi ia didakwa dilakukan dengan tidak sengaja.”

“Manbij ini penuh dengan penduduk, satu perempat daripada satu juta penduduk yang digunakan oleh IS sebagai perisai manusia.

“Semalam, militan itu menyerang kejiranan al-Zahuna, menyebabkan lebih daripada 23 orang terbunuh. Kemudian ia menyerang pintu barat bandar, membunuh lagi 6 orang.

“Hari ini penduduk Tokhar dikejutkan dengan pembunuhan beramai-ramai ngeri. Angka kematian meningkat kepada 212 dan bilangan ini semakin meningkat,” katanya.

Kawasan Manbij telah menyaksikan serangan udara sengit diketuai Amerika bagi menyokong tentera Kurdish yang cuba untuk merebut kota itu dari IS supaya akses kumpulan bersenjata itu ke sempadan Turki yang berhampiran dapat disekat. – Agensi

The post Perang Syria: Puluhan terbunuh dalam serangan diketuai Amerika Syarikat di Manbij appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?