Perbicaraan kes kren tumbang di Makkah bermula tak lama lagi
JEDDAH, Rabu – Perbicaran berkaitan kren tumbang mengorbankan 111 jemaah pada musim haji lalu di Masjidil Haram di Makkah, akan dijalankan tidak lama lagi, lapor media tempatan.
Biro Penyiasatan dan Pendakwaan di Makkah dilaporkan telah menyerahkan hasil siasatan kepada mahkamah jenayah untuk semakan kehakiman. Maklumat lanjut mengenai hasil siasatan itu tidak didedahkan kepada awam.
Tragedi itu yang turut mencederakan 240 jemaah haji, berlaku di tengah-tengah angin luar biasa yang kuat pada September lalu hingga menyebabkan konkrit dan kren jatuh ke atas jemaah di dalam Masjidil Haram.
Projek pembesaran masjid berkenaan dijalankan Binladin Group. Beberapa eksekutif syarikat itu kini dilarang meninggalkan Arab Saudi.
Selepas tragedi itu, Penjaga 2 Tanah Suci, Raja Salman memerintahkan agar pembayaran SR1 juta (RM1.14 juta) kepada keluarga mangsa yang terkorban, SR1 juta kepada mereka yang cedera hingga mengakibatkan hilang upaya kekal, dan SR500,000 kepada tiap seorang yang cedera. – Agensi
The post Perbicaraan kes kren tumbang di Makkah bermula tak lama lagi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan