Percaya mesej palsu, lebih 3,000 pemegang status PR kecewa

image

BANGI, Jumaat – Lebih daripada 3,000 orang berkumpul di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya hari ini berikutan tertipu dengan penyebaran mesej palsu di laman sosial Facebook dan aplikasi pesanan ringkas Whatsapp.

Kandungan mesej palsu itu mendakwa bahawa pihak JPN di Putrajaya menawarkan status warganegara secara serta merta kepada individu yang mempunyai status Penduduk Tetap (PR) jika permohonan dilakukan pada hari ini.

Ekoran percaya dengan makluman palsu itu, lebih 3,000 pemilik status PR telah mula berkumpul di pejabat JPN seawal jam 3 pagi lagi untuk mendapatkan status kewarganegaraan mereka.

Pegawai Perhubungan Awam JPN, Fara Maya Ahmad Jelani berkata, kira-kira 3,000 orang dari seluruh negara telah datang berkumpul dan beratur di ibu pejabat JPN sebelum pejabat itu beroperasi lagi.

“Kami telah dimaklumkan berkenaan khabar angin mengenai perkara itu sepanjang minggu ini. Dan kami telah menerima kedatangan mereka berkenaan penukaran status ini sejak Isnin lalu.

“Namun, hanya hari ini sahaja kita berdepan dengan jumlah yang besar,” katanya kepada pemberita.

Bercakap lanjut beliau berkata, permohonan menjadi warganegara Malaysia mengambil masa yang lama dan ia diluluskan berdasarkan kelayakan pemohon.

“Pengumuman itu bukan sahaja mengelirukan rakyat tetapi telah menyebabkan masalah terhadap kakitangan di jabatan ini,” katanya.

Malah katanya lagi, walaupun telah diberi penjelasan berhubung khabar angin makluman itu namun kebanyakan daripada mereka enggan meninggalkan tempat tersebut.

Bagaimanapun katanya, pihak JPN terpaksa membuka lebih banyak kaunter bagi mengendalikan jumlah mereka yang hadir termasuk mengelakkan gangguan kepada perkhidmatan lain.

Sebilangan besar yang hadir adalah daripada Indonesia manakala selebihnya dari Pakistan, Bangladesh dan Kemboja.

Fara Maya berkata, satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Putrajaya.

The post Percaya mesej palsu, lebih 3,000 pemegang status PR kecewa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?