Perniagaan guna kenderaan mempunyai potensi besar: MARA Perlis

Majlis_Amanah_Rakyat_logo

KANGAR, Rabu — Majlis Amanah Rakyat (MARA) Perlis menggesa golongan berumur bawah 40 tahun untuk menceburi perniagaan bergerak menggunakan kenderaan yang mempunyai potensi besar.

Pengarah MARA Perlis, Zahari Aziz berkata, MARA bersedia memberi bantuan bagi membeli lori atau van sehingga RM250,000 untuk syarikat enterprise dan maksimum RM500,000 bagi yang berstatus Sendirian Berhad.

Katanya, konsep perniagaan tersebut kini menjadi ‘trend’ di Lembah Klang, mempunyai potensi luas untuk diteroka sekiranya diusahakan mengikut disiplin dan rajin.

“Saya lihat ‘food-truck’ semakin popular kerana mereka (usahawan) mudah bergerak ke sebarang lokasi tumpuan selain lebih selamat dan bersih,” katanya kepada Bernama semasa ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri MARA Perlis di perkarangan ibu pejabat agensi itu di sini, hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menghadiri majlis tersebut.

Turut hadir pengarah jabatan serta agensi kerajaan persekutuan dan negeri Perlis.

Zahari berkata, MARA Perlis melihat potensi perniagaan itu di Kangar, Arau, Kuala Perlis dan Padang Besar yang menjadi tempat tumpuan orang ramai terutama pada hari cuti.

Beliau berkata pada taklimat mengenai konsep itu baru-baru ini yang dihadiri 62 orang usahawan, empat usahawan telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan bantuan.

“MARA hanya meletakan syarat mudah iaitu 10 peratus nilai van/lori, minat dan menghadiri kursus yang dikendalikannya. Modal pusingan perlu disediakan oleh usahawan,” katanya. — Bernama

The post Perniagaan guna kenderaan mempunyai potensi besar: MARA Perlis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?