Pokemon Go: Tiada larangan lancar di Malaysia
BANGI, Selasa – Malaysia tidak akan menyekat atau menghalang aplikasi permainan mudah alih secara percuma, Pokemon Go untuk dilancarkan di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, Malaysia tidak akan menyekat permainan itu walaupun terdapat beberapa buah negara telah melarang aplikasi itu dibawa masuk ke negara mereka.
“Walaupun beberapa negara boleh menyekat, tetapi kita di Malaysia… kita belum memcapai tahap itu,” katanya kepada pemberita, hari ini.
Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa supaya Pokemon Go diharamkan segera selepas mengikuti pandangan pro dan kontra diberikan oleh pelbagai pihak tertentu mengenai permainan digital tersebut.
Pokemon Go adalah satu permainan gajet yang menjadi viral kerana tampil dengan ciri gabungan alam fantasi dan sistem navigasi GPS.
Ia membolehkan pemain memburu haiwan digital menerusi teknologi ini yang mengesan lokasi dan waktu pemain.
The post Pokemon Go: Tiada larangan lancar di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan