Poligami: Tegakkan syariat dalam rumah tangga
Wanita Bukan Hanya untuk Seks
Berbicara soal wanita, lelaki normal mana yang tak suka. Baik yang bujang mahupun yang telah bernikah. Sebagai lelaki pasti akan memikirkan “perkara itu” apabila berbicara mengenai wanita.
Namun perlu diingatkan, Islam hadir sebagai solusi kehidupan. Ada cara syaratnya untuk melepaskan syahwat. Iaitu, melalui perkahwinan. Bukan niat penulis untuk menghalang fitrah kejadian manusia. Namun perbincangan perlu dikawal bukan sewenang-wenang berbicara soal wanita terutama di laman sosial seperti barang mainan.
Perasaan Wanita
Semua perasaan yang ada pada lelaki, wanita juga pasti ada. Kerana perasaan itu juga fitrah kejadian manusia yang Allah berikan. Ada gembira, sedih, cemburu, marah dan sebagainya. Hargai perasaan wanita kepada anda, anda sebagai suami pasti tak mampu bertahan seandainya isteri anda “mogok” di rumah.
Poligami
Poligami adalah antara solusi masalah ummah bukan sekadar alat kepuasan syahwat semata-mata. Amat jelik penulis membaca penulisan sesetengah lelaki yang membicarakan soal ini secara terbuka di laman sosial sekadar gurauan bersama teman-teman sedangkan penulis percaya si isteri pasti membaca “perbincangan” tersebut. Entah apa la perasaan dan fikiran yang bermain dalam benak fikiran si isteri apabila membaca gurauan nakal dari si suami.
Ada yang mempergunakan alasan agama untuk menghalalkan niat berpoligami, sedangkan anak sendiri terabai, beras di dapur juga tiada, namun masih mampu berbicara soal poligami sebagai tuntutan dalam agama (bukan semua suami). Usahlah bercakap soal poligami di laman sosial, kerana anda gagal menjadi suami sebenar pada pandangan penulis. Cukuplah penulis sendiri melihat pahit manis kehidupan berpoligami dalam kalangan keluarga dan sahabat penulis.
Ada yang bahagia kerana si suami memulakan langkah dengan betul berbincang perkara ini secara serius dengan isteri pertama sebelum membawa masuk “orang kedua” dalam rumah tangga. Hinggakan ada isteri pertama jadi wakil suami meminang isteri kedua. Tahniah penulis ucapkan semoga keluarga yang dibina bahagia hingga ke syurga.
Namun, ada juga yang bergaduh antara isteri pertama dan isteri kedua kerana si suami silap langkah “pasang dua” berlebih dahulu baru berbincang dengan isteri pertama. Hinggakan isteri pertama rasa tak dihormati. Segala pengorbanannya bersama suami selama ini tak dihargai. Maka, suami la antara yang akan penat menjaga hati kedua-dua pihak sepanjang hidupnya.
Sejujurnya, bukan salah syariat poligami atas masalah rumah tangga yang berlaku pasca poligami. Namun, perlu diingatkan, tangungjawab lelaki sebagai suami takkan habis apabila suami meninggal dunia nanti. Inginkah, para suami melihat dua keluarga yang dibina sepanjang suami hidup bergaduh berebut harta pusaka peninggalan anda? Hari raya, tidak bertegur sapa. Maka, mulakan dengan cara yang betul.
Kesimpulannya, Islam hadir untuk mengangkat martabat dan maruah kita sebagai hamba Allah. Maka jalankanlah syariat Allah dengan cara yang betul kerana setiap kegagalan kita menjaga syariat Allah, pasti menjadi hujah untuk musuh Islam seperti pejuang hak wanita, pejuang liberal, untuk menyalahkan Syariat Islam dalam isu ini.
Wan Mohd Amir Wan Mohamad Zaharuddin
Ahli Isma Dungun
The post Poligami: Tegakkan syariat dalam rumah tangga appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan