Polis ambil keterangan ‘penghina Islam Nga Kor Ming’

perak_dap_nga_kor_ming_tmipic_101215

KUALA LUMPUR, Isnin – Polis mengambil keterangan pemimpin parti rasis dan cauvinis DAP Perak, Nga Kor Ming di Bukit Aman bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Nga disoal siasat selama sejam selepas tiba di Bukit Aman sekitar jam 2 petang tadi berhubung dakwaan menghina sambutan Aidilfitri dalam akaun Facebook miliknya.

“Polis berkata saya disiasat mengikut Akta Hasutan dan Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

“Mereka bertindak secara profesional dan saya menjawab semua pertanyaan mereka secara profesional,” katanya kepada pemberita ketika meninggalkan Bukit Aman.

Nga ditemani peguamnya, Gobind Singh Deo semasa soal siasat.

Bagaimanapun, Nga enggan mengulas lanjut mengenai siasatan yang sedang dijalankan selain berkata dia tidak memuat naik mesej itu.

Nga didakwa menyamakan sedekah duit raya sebagai rasuah dan ‘dedak’ selain mengucapkan Selamat Hari Raya berlatar belakangkan bendera Amerika Syarikat dengan tangan berdoa berimejkan rumah api yang merupakan simbol Kristian.

Ia kemudian mendapat reaksi negatif daripada ramai pihak.

The post Polis ambil keterangan ‘penghina Islam Nga Kor Ming’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?