Polis ambil tindakan jika ada unsur jenayah dalam usul saman sivil DoJ

Khalid_Abu_Bakar3107b_620_413_100

KUALA LUMPUR, Selasa – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan jika terdapat unsur jenayah dalam kes saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) yang dikaitkan dengan dakwaan penyelewengan dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketika ini, pihaknya tidak akan campur tangan memandangkan ia merupakan kes sivil.

“PDRM tidak campur tangan dalam kes sivil dan ini pendirian yang kita ambil buat masa ini.

“Tunggu dan lihat perkembangan dalam proses ini… kalau ada perkara yang boleh kita buat susulan, kita akan buat,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baru-baru ini, DoJ Amerika Syarikat memfailkan saman sivil bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB yang didakwa diselewengkan. – Bernama

The post Polis ambil tindakan jika ada unsur jenayah dalam usul saman sivil DoJ appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?