Polis tak tolak kemungkinan wujud pembunuh upahan di Malaysia

pdrm

KUALA LUMPUR, Ahad – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan wujud kumpulan kecil pembunuh upahan berikutan beberapa kejadian tembak yang berlaku kebelakangan ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, mereka kebiasaannya bergerak dalam kumpulan kecil dan antaranya adalah anggota kumpulan kongsi gelap.

“Ya, saya tidak menafikan beberapa individu tertentu yang mengambil upah menembak orang yang kebanyakannya dilakukan oleh warga tempatan sendiri,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Noor Rashid berkata, pihaknya ketika ini sedang mengumpul maklumat untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kegiatan seperti itu.

Mengenai kes terbaharu melibatkan seorang lelaki maut ditembak di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibukota di Setapak, Rabu lalu, beliau berkata, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menjejaki suspek.

“PDRM telah melancarkan satu siasatan yang rapi dan merancang satu tindakan khas berhubung kes berkenaan.

“Kami yakin suspek akan dikenal pasti dalam masa terdekat dan biarlah polis selesaikan siasatan dahulu, jika ada perkembangan kami akan maklumkan,” katanya.

Dalam kejadian jam 3.35 petang itu, mangsa yang berumur 43 tahun yang memandu kereta jenis Honda Accord maut terkena akibat 10 das tembakan. – Bernama

The post Polis tak tolak kemungkinan wujud pembunuh upahan di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?