PRN Pulau Pinang hanya sandiwara politik Guan Eng
DUNGUN, Jumaat – Kesungguhan Kerajaan DAP Pulau Pinang mengadakan pilihan raya negeri disifatkan sebagai sandiwara politik, kata Parti Gerakan Malaysia.
Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong tidak yakin pilihan raya akan diadakan di negeri itu berdasarkan sikap parti rasis dan cauvinis DAP itu yang tidak tetap dengan pendirian.
“Sekali cakap jadi, sekali cakap tak jadi. Sekali cakap perlu mendengar keputusan rakan pakatan dan ini saya anggap sebagai sandiwara,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Terengganu di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, hari ini.
Bagaimanapun, Siew Keong berkata, Gerakan tidak gentar jika pilihan raya negeri diadakan di Pulau Pinang.
“Kita sedia menghadapi pilihan raya itu dan Gerakan sudah mengenal pasti 13 calon yang akan bertanding
“Setakat ini, 90 peratus calon yang dikemukakan Gerakan Pulau Pinang dipersetujui di peringkat pusat,” katanya.
The post PRN Pulau Pinang hanya sandiwara politik Guan Eng appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan