Projek kereta api Tanah Haram mula operasi awal tahun depan

lakaran

MAKKAH, Isnin – Projek Kereta Api Tanah Haram (Haramain) yang bakal memberi kemudahan kepada jemaah haji dan umrah dijadualkan akan beroperasi sepenuhnya menjelang 2017.

Ketua Jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Industri Pengangkutan Makkah, Saad al-Qurashi berkata, setakat ini pelaksanaan dilaporkan sudah siap 90 peratus.

Stesen utamanya terletak di daerah Al-Rusaifah di Makkah juga hampir siap.

Saad berkata, apabila siap kemudahan itu mampu mengangkut 9,000 penumpang sejam.

Difahamkan perkhidmatan kereta api ini dapat memudahkan pergerakan jemaah dari Jeddah dan Madinah ke Makkah.

Setakat hari ini, pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyelenggara perkhidmatan kereta api itu belum menetapkan harga tiket. – Agensi

The post Projek kereta api Tanah Haram mula operasi awal tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?