Proton bakal jual saham kepada syarikat luar negara
KUALA LUMPUR, Selasa – Proton Holdings Berhad kini dalam perbincangan untuk menjual sahamnya kepada syarikat luar negara.
Menurut laporan Nikkei Asian Review, ia merupakan kemasukan modal yang pertama melibatkan syarikat luar negara ke dalam Proton sejak melepaskan saham yang dipegang Misubishi Corp pada 2005.
“Kami mahu rakan kongsi yang mempunyai saham di dalam Proton.
“Proton yang merupakan sebahagian DRB Hicom, sedang dalam usaha mengenal pasti rakan kongsi luar negara dalam masa setahun bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan supaya mampu bersaing di peringkat antarabangsa, selepas menerima suntikan pinjaman RM1.5 bilion daripada kerajaan bulan lalu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Madani Sahari.
Madani berkata, kerajaan mahu mencontohi model perniagaan yang diamalkan Perodua, yang kini mengawal sepertiga pasaran.
Perodua dimiliki 32% Mitsui & Co dan kumpulan Daihatsu Motor.
“Ia merupakan model yang baik untuk dicontohi,” katanya dipetik Nikkei.
Dalam masa yang sama, beliau berkata, Proton menarik minat beberapa pengeluar peralatan tulen (OEM).
Proton yang mencatatkan kerugian juga perlu membentangkan rancangan pemulihannya termasuk penutupan kilangnya di Shah Alam dan pemindahan ke Tanjung Malim.
DRB Hicom bagi tahun berakhir 31 Mac lalu mencatatkan kerugian RM992 juta yang dikaitkan dengan Proton.
Jualan kereta Proton juga susut 13% berbanding pada 1993 apabila ia menjual tujuh daripada 10 kereta di Malaysia.
Proton kini bekerjasama dengan Honda dan menghasilkan Perdana baharu yang berdasarkan model lama Accord.
Dalam masa yang sama, ia juga bekerjasama dengan Suzuki Motor bagi tujuan sebuah model yang akan dilancarkan.
The post Proton bakal jual saham kepada syarikat luar negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan